Al Qassam Umumkan Dua Roket Tercanggih Abad Ini

Isnin, 13-07-2015 – Briged Izzuddin al Qassam, jentera kuat Gerakan Hamas, mengumumkan kemasukan dua roket baru yang akan membantu Briged al Qassam dengan spesifikasi yang canggih.

Jurucakap Briged al Qassam abu Ubaidah berucap dalam sebuah persidangan di Gaza pada Rabu malam(8/7), “Dua roket baru ini menggunakan nama para syahid Muhammad Abu Syamalah dan Raed Athar. Hanya waktu yang akan membuktikan kuasa roket ini.”

Dia menjelaskan bahawa semua pejuang perang “daun lapuk” (serangan agresif Zionis ke atas Gaza musim panas tahun lepas) masih tetap diingati terutamanya kepada para tawanan. Dia menjelaskan, “Kita sekarang ini sedang mengingati setahun perang “daun lapuk” yang telah mengajar erti semangat juang dan kesungguhan.”

sumber : COMES
penterjemah : asyraf bakti