Kadar Kematian Bayi Meningkat Pertama Kali bagi Tempoh 50 Tahun di Gaza.

Selasa, 11-08-2015 – Kadar Kematian bayi di Gaza telah meningkat untuk pertama kalinya bagi tempoh 5 dekad, demikian menurut satu kajian UNRWA. Kata Pengarah Kesihatan agensi tersebut lagi, kepungan mungkin menjadi penyumbang kepada tren tersebut.

Setiap 5 tahun, UNRWA akan menjalankan satu soal selidik berkaitan kematian bayi baru lahir di seluruh wilayah dan keputusan untuk tahun 2013 telah disiarkan minggu ini.

Angka bayi yang mati sebelum mencapai umur setahun di Gaza telah menunjukkan penurunan secara berterusan di setiap dekad yang lepas, dari 127 kematian bagi setiap 1000 kelahiran hidup pada tahun 1960 kepada 20.2 kematian pada tahun 2008. Bagaimana pun, kiraan terakhir pada tahun 2013, angka tersebut telah meningkat semula kepada 22.4 kematian bagi setiap 1000 kelahiran hidup.

sumber : IMEMC News
penterjemah : zainudin mhd ali