$35 juta untuk UNRWA dari Arab Saudi

Jumaat, 14-08-2015 Р Arab Saudi telah mengumumkan mereka akan menyediakan $35 juta kepada agensi UN untuk pelarian Palestin di dalam bidaan untuk mengelakkan krisis kewangan dalaman organisasi tersebut, menurut kenyataan.

Menurut Ma’an, Yousef al-Bassam, Pengarah Urusan Tabung Pembangunan, sumbangan tersebut bertujuan untuk mengurangkan krisis sumber kewangan dalaman UNRWA yang mana telah menyebabkan penangguhan permulaan sesi persekolah untuk ratusan ribu pelarian Palestin.

“Penutupan sekolah untuk setengah juta kanak-kanak Palestin mampu mengundang padah. saya berharap rakan kongsi UNRWA yang lain akan terus memberikan sokongan kepada agensi dengan sumbangan terkini ini dan mampu melangkah setapak ke hadapan untuk memastikan operasi UNRWA berjalan.” kata al-Bassam.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : zihan