Al Qassam Kuasai Pesawat Hendap Israel dan Diguna untuk Misi Sendiri

Jumaat, 14-08-2015 – Sayap kanan Gerakan Perlawanan Islam Hamas, Briged al Qassam menerangkan bahawa briged mereka telah berjaya menguasai dan mengambil alih pesawat hendap Zionis untuk kegunaan misi mereka sendiri.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada hari Rabu (12/8) malam tersebut, Briged al Qassam mengatakan bahawa pihaknya berjaya perolehi daya teknologi baru sebagai inovasi daripada genius para juruteranya.

Al Qassam menegaskan lagi, “Kesatuan khusus Briged Al Qassam berhasil menguasai pesawat hendap Zionis dari jenis “Skylark1″ pada Rabu pagi, 6 Syawal 1436 H bersamaan 22 Julai 2015. Setelah pesawat berjaya diambil alih, ia kemudian dilakukan pemeriksaan keamanan dan teknik tertentu. Kemudian dibongkar dan dipelajari sistem dan teknologi yang mengendali pesawat tersebut. Kemudian krew pakar Briged merombak kembali sistem yang digunakan untuk melakukan misi Briged al Qassam.”

sumber : COMES
penterjemah : Asyraf Arshad