Boulus: Setelah sedar dari koma, Allan sambung semula mogok laparnya.

Isnin, 24-08-2015 – Pengarah unit perundangan bagi Golongan Tahanan Palestin, Jawad Boulus yang juga seorang peguam mendedahkan bahawa tahanan Mohammad Allan, telah sedar dari koma tetapi beliau masih meneruskan mogok laparnya kerana enggan dihantar semula ke penjara

Boulus dalam satu kenyataan menambah, walau pun pihak doktor mengesahkan bahawa Allan masih berada dalam keadaan yang sangat kritikal dan nyawanya mungkin boleh terancam berikutan mogok lapar lebih 2 bulan, tetapi beliau tetap meneruskan mogok laparnya itu.

Boulus yang melawat Allan di hospital Barzili berkata, semasa bercakap, Allan berada dalam keadaan sedar tetapi enggan menerima sebarang rawatan atau makanan tambahan yang diberi oleh pihak hospital.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali