Rejim Zionis menyerang jurugambar Palestin di Baitulmuqaddis

Selasa, 25-08-2015 – Rejim Zionis telah menyerang seorang jurugambar Palestin yang dikenali sebagai Abdelaffu Ezghaiyer, pada tengah hari Selasa ketika sedang mengambil gambar di Baitulmuqaddis.

Ezghaiyer yang bekerja untuk Q-Press berkata, dua tentera Israel membawanya ke balai polis berhampiran dengan pintu al-Silsilah di Masjid Aqsa dan menyerangnya dengan pukulan yang kuat dan mengutuk walaupun beliau telah menunjukkan ID beliau atas permintaan mereka.

Beliau berkata, tentera Israel menyasarkan Baitulmuqaddis terutamanya wartawan untuk menghadkan penyebaran berita mengenai pencerobohan Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : syam