Hamas: Festival Warna Ramallah tidak selari dengan pengorbanan Rakyat Palestin

Selasa, 25-08-2015 – Gerakan Islamik, Hamas, menyelar tinadakan Pihak Berkuasa Palestin (PA) membenarkan Festival Warna diadakan di Ramallah.

Dalam satu kenyataan Sabtu lalu, jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri berkata, “Festival Warna di Ramallah itu menunjukkan sikap kurang peka PA dan Fatah di dalam perjuangan, penderitaan dan pengorbanan rakyat Palestin”.

Beliau menegaskan bahawa meraikan perayaan itu di Tebing Barat adalah satu percubaan untuk membunuh semangat kebangsaan belia Palestin dengan membolehkan perayaan berbentuk hiburan seperti itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul