Rejim Israel guna helah baru rampas tanah di Baitulmuqaddis.

Selasa, 25-08-2015 – Sumber pihak Yahudi mendedahkan bahawa pihak majlis kerajaan tempatan di Baitulmuqaddis yang dijajah Israel, akan membina sebuah taman perumahan sementara untuk tempoh 5 tahun di atas puncak Bukit Peninjau yang terletak di atas tanah milik penduduk Palestin.

Akhbar mingguan berbahasa Yahudi itu menyatakan bahawa, taman seluas 1300 dunum (ekar) itu, dirancang akan dibina di atas beberapa keping tanah milik penduduk warga Palestin yang terletak di antara bandar al-Tour dengan al-Isaweiyeh di Baitulmuqaddis yang dijajah Israel.

Menurut laporan akhbar itu lagi, ” Penduduk warga Palestin di kedua-dua bandar tersebut telah menfailkan rayuan di sebuah mahkamah bagi hal ehwal tempatan, menuntut pembatalan arahan pihak majlis itu yang disifatkan sebagai satu helah baru pihak rejim Israel bagi merampas tanah-tanah milik penduduk warga Palestin di Baitulmuqaddis.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali