Tentera rejim Israel menahan 3 pemuda Baitulmuqaddis

Khamis, 27-08-2015 – Tentera rejim Israel pada Selasa menahan 3 pemuda Baitulmuqaddis. Sumber tempatan menyatakan bahawa tentera rejim menyerbu dan mengepung rumah pemuda Palestin bernama Muayad Edris dari kota lama Baitulmuqaddis.

Tentera rejim turut menahan bekas tahanan Naser Abdullah Ibrahim, 20, dari kediamannya di kota lama. Ibrahim telah dibebaskan dari penjara gurun Negev setelah menjalani hukuman penjara selama 21 bulan kerana menyertai aktiviti menentang pencerobohan di Baitulmuqaddis.

Dalam kejadian berkaitan, seorang pemuda Palestin bernama Obaidah al-Tawil menyerah diri kepada polis rejim di Kompleks Russia setelah ditahan di rumah selama 40 hari. Beliau dituduh melakukan provokasi di Facebook.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati