Haneyya kutuk serangan ke atas Mustafa Barghouthi.

Khamis, 29-10-2015 – Timbalan ketua biro politik Hamas, Ismail Haneyya mengutuk perbuatan menyerang setiausaha umum, parti Inisiatif Kebangsaan Palestin, Mustafa al-Barghouthi, beberapa hari lalu. Demikian kenyataan Haneyya merujuk kepada perbualan telefonnya dengan Mustafa.

Tegas Haneyya lagi, kejadian itu hanyalah percubaan terdesak pihak tertentu bagi menghentikan intifada (kebangkitan) menentang penjajahan Israel yang berlaku sekarang dan ia tidak akan mampu menghalang mereka dari terus berjuang membela rakyat Palestin.

Menjawab panggilan telefon Haneyya, Barghaouthi sempat mengucapkan terima kasih atas panggilan beliau itu dan memberi jaminan bahawa kejadian itu akan meningkatkan lagi tahap kesabarannya serta akan membuatkan beliau lebih yakin lagi dengan perjuangan yang dipilihnya itu.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : zainudin mhd ali