Rejim Zionis menyerbu kem pelarian Aroub dan menyerang rakyat Palestin

Selasa, 17-11-2015 – Angkatan tentera Israel menyerbu kem pelarian Aroub di utara Hebron, selatan Tebing Barat pada malam Selasa lepas dan menyerang rakyat Palestin yang tidak bersenjata secara rambang dengan gas pemedih mata dan bom serta berlaku pertembungan di antara mereka.

Wartawan Pusat Maklumat Palestin yang merupakan saksi juga berkata rejim zionis telah menyerang kem itu secara besar-besaran dan menyerbu beberapa buah rumah di situ serta memusnahkan barang-barang mereka dengan kejam tanpa rasa simpati. Saksi juga melaporkan bahawa tentera Israel mengedarkan risalah di kem itu yang mendakwa bahawa serangan yang dilakukan adalah sebagai balasan atas tindakan pemuda dari kem pelarian yang membaling batu kepada tentera Israel.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : faiqoh