Rejim Zionis melepaskan tembakan ke arah para petani di Semenanjung Gaza

Isnin, 23-11-2015 – Tentera rejim Israel (IOF) melepaskan tembakan ke arah para petani Palestin di tengah Semenanjung Gaza pada petang Rabu. Tiada kematian dilaporkan.

Menurut Akhbar Quds, IOF yang berpengkalan di menara peninjau kea rah timur bandar Juhr al-Dik, Gaza Tengah menembak ke arah kediaman warga Palestin dan kawasan pertanian mereka.

Para petani tersebut terpaksa meninggalkan rumah dan ladang masing-masing serta terpaksa berhenti mengerjakan tanah mereka. Serangan itu merupakan salah satu siri perlanggaran perjanjian yang ditandatangani di Kaherah pada 26 Ogos, 2014.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati