Rejim Zionis mengganas di demonstrasi aman penduduk Jerusalem

Isnin, 23-11-2015 – Regim Zionis Israel (IOF) menggunakan kekerasan dan kekejaman untuk memadamkan demonstrasi aman penduduk Jerusalem di Jabal al- Mukabir di bahagian tenggara Baitulmuqaddis pada pagi Rabu.

Sumber dari penduduk Jerusalem berkata bahawa tentera melepaskan gas pemedih mata dan bunyi bom untuk menakut-nakutkan mereka serta melepaskan peluru getah untuk menyuraikan penunjuk perasaan. Akibat daripada itu ia telah mencederakan beberapa orang daripada mereka.

Mereka menjelaskan bahawa orang-orang muda yang telah menganjurkan perarakan aman bagi memperingati ulang tahun pertama kematian Uday dan Gassan Abu Jamal yang terkorban semasa serangan ke atas rumah ibadat Yahudi pada tahun 2014 , yang mengorbankan enam pendatang Yahudi dan mencederakan beberapa orang yang lain .

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada