Israel Pantau Perkampungan Tua al-Quds dengan 400 Kamera

Isnin, 23-11-2015 – Sebuah laporan Zionis berkata bahawa sebuah kesatuan unit khas “MBAT 200”, iaitu unit pemantau teknologi polis Zionis di al-Quds, untuk memantau perkampungan tua al-Quds dengan 400 kamera yang dipasang di pelusuk wilayah, sepanjang waktu.

Laporan yang dikeluarkan surat khabar Zionis Yedeot Aharonot mengakui bahawa teknologi tersebut adalah untuk aksi-aksi yang dilakukan orang-orang Palestin di kota al-Quds.

Laporan mengatakan bahawa berpuluh monitor menyiarkan secara langsung apa yang terjadi di setiap inci Kota Lama di al-Quds. Jaringan kamera ini dijamin tidak meliputi kawasan Masjid al-Aqsha dan tidak ada hubungan perjanjian Yordania Zionis tentang pemasangan kamera-kamera di Masjid dengan unit-unit polis Zionis ini.

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad