Seruan Hari Jumaat bagi Meneruskan Intifadhah Al-Quds

Isnin, 23-11-2015 – Kekuatan Islam dan umum di Palestin mengumumkan bahawa hari Jumaat depan merupakan hari amuk di Palestin, kem-kem politik, di luar negeri, di ibu kota-ibu kota Arab dan Islam serata dunia.

Kekuatan-kekuatan umum dan Islam Palestin di Ramallah dan al-Birah dalam kenyataan yang dikeluarkan usai pertemuan para pemimpin mereka pada Isnin malam (16/11) menegaskan bahawa kegiatan dan aksi ini akan difokuskan pada hari Selasa dan Jumaat di semua pusat pertemuan, penempatan, pos tentera dan tembok pemisah, sebagai hari kemarahan rakyat menentang penjajah Zionis dan para penduduk imperialis pendatang Yahudi.

Kegiatan ini akan dilaksanakan secara terus selepas selesai solat Jumaat, untuk memberi semangat meneruskan “Intifadhah al Aqsha” hingga penjajah Zionis dan para penduduk pendatang Yahudi angkat kaki terus dari tanah Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad