Penduduk Baitulmaqdis cedera akibat keganasan tentera rejim Zionis di Jabal al-Mukabir

Rabu, 25-11-2015 – Pasukan pendudukan Israel menggunakan kekerasan untuk menghuraikan demonstrasi aman di Jabal al-Mukabir di tenggara Jerusalem pada Rabu lepas 18 November.

Menurut sumber di Jerusalem, tentera Israel telah melepaskan gas pemedih mata, bom bunyi, peluru hidup dan peluru getah ke atas pemuda Palestin dan telah mencederakan segelintir daripada mereka. Mereka menjelaskan bahawa pemuda Palestin yang menganjurkan perarakan aman ini bagi memperingati ulang tahun pertama kematian Uday dan Ghassan Abu Jamal yang terkorban semasa serangan ke atas rumah ibadat Yahudi pada tahun 2014 yang turut mengorbankan enam lagi pendatang Yahudi dan mencederakan beberapa orang yang lain.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : faiqoh