Pendatang Yahudi Tutup Jalan-jalan Utama Di Hebron

Rabu, 25-11-2015 – Pasukan penjajah Zionis dan para pendatang Yahudi menutup persimpangan jalan kecil dan jalan-jalan utama di Hebron, wilayah selatan Tebing Barat, yang bertujuan untuk menghalang laluan warga Palestin.

Media Zionis dan sumber tempatan Palestin mengatakan bahawa pasukan penjajah Zionis menutup persimpangan al-Zeit dan persimpangan 35 & 60 bagi lalu lintas kenderaan Palestin. Tindakan ini dilakukan untuk mencegah kemasukan warga Palestin ke Hebron melalui persimpangan-persimpangan utara.

Sumber pihak Palestin menyebutkan bahawa para pendatang Yahudi menutup jalan di persimpangan Ilyas, jalan lingkar, persimpangan 60 dan melebar di jalan-jalan raya. Mereka mengibarkan bendera Zionis dan meletakkan batu-batu di jalan serta menghalang warga Palestin untuk melintas.

sumber : COMES
penterjemah : Osman