Seorang Wanita Peneroka Haram Israel Mati Ditikam

Rabu, 25-11-2015 – Seorang wanita peneroka haram Israel meninggal dunia pada Ahad akibat luka selepas ditikam oleh seorang pemuda Palestin berhampiran Gosh Etzion di selatan Baitulaham. Penikam itu dibunuh oleh tentera Israel yang menembak dia selepas kejadian menikam.

Sumber tempatan mendedahkan bahawa penikam yang telah dikenal pasti sebagai Issam Thawabteh, 31, dari bandar selatan Beit Fujjar. Tentera Israel memecah masuk ke rumahnya dan menahan empat saudaranya. Pertempuran meletus dengan penduduk yang berkumpul di hadapan rumah assyahid.

Operasi menikam anti-penjajahan mengambil tempat selepas kesyahidan gadis berusia 16 tahun Ashraqat Qatanani dari Nablus dan pemuda Shadi Khasib yang terbunuh dalam perjalanan ke Jericho ditembak askar penjajah Israel.

Kementerian Kesihatan Palestin mengumumkan bahawa bilangan orang yang mati syahid telah meningkat sejak awal Intifada Jerusalem, pada Oktober kepada 94 termasuk 19 kanak-kanak dan 4 wanita.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen