Israel Halang Dua Ahli Tertinggi Gerakan Islam Palestin Memasuki al-Quds

Isnin, 30-11-2015 – Puak Penjajah Zionis pada Selasa lepas(24/11) menyerahkan perintah tentera kepada dua Ahli Gerakan Islam di Wilayah Palestin terjajah tahun 1948, yang menghalang mereka memasuki kota al-Quds selama enam bulan. Sementara itu pihak berkuasa Zionis juga dalam rancangan untuk mengusir pakar masalah al-Quds dan al-Aqsha.

Pusat Informasi Urusan al-Quds dan Masjid al-Aqsha mengatakan, dua perintah tentera tersebut diserahkan kepada Syaikh Kamal Khatib dan Dr. Sulaiman Ighrabiah, dua ahli tertinggi Gerakan Islam di wilayah Palestin terjajah sejak tahun 1948.

Lepas menerima surat keputusan tentera tersebut, Syaikh Kamal Khatib berkata, “Hari ini telah tiba kepada kami keputusan larangan memasuki kota al-Quds selama 6 bulan, selepas tamat larangan memasuki Masjid al-Aqsa selama enam bulan atas keputusan yang ditandatangani Komander penjajah Zionis. Tambahan lagi, keputusan tersebut dilampirkan sekali bersama peta Kota al-Quds, seolah-olah kami ini buta tentang kota.”

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad