Malam di Gaza umpama menanti sebuah kematian. Satu renungan.


Apabila malam menjelma di tanah Palestin, perasaan bimbang mula bermain.Rancangan pengganas Israel di malam hari kebiasaanya berakhir dengan sebuah kemusnahan dan kehilangan nyawa.

“Malam adalah sinonim dengan kematian” Um Khalid al-Khurdi, penduduk tempatan di Gaza.

“Berita buruk selalunya datang pada kami pada waktu malam.” , tambah beliau.
“Keluar bersiar2 di waktu seakan2 mustahil di sini, pengganas Israel bersediacmenyerang dan membunuh kami bila2 masa”, Abu Rami al-Zard berkata.

Bekalan elektrik terputus selalu menghantui mereka. Abu Mussab telah bersiap sedia
dengan bekalan bateri radionya jika berlaku kemungkinan tersebut.
“Berita di radio pada waktu malam selalunya akan melaporkan serangan pengganas Israel
di selatan dan utara Jalur Gaza.”, berkata Abu Sobhi.

Isnin lalu (7 September 2004) adalah peristiwa berdarah terbaru yang telah
megorbankan 14 rakyat Palestin di kawasan padang bola selatan Gaza.

“Apabila anak saya mendengar bunyi kapal terbang, mereka akan menangis dan saya terpaksa
menenangkan mereka walaupun pada hakikatnya saya sangat panik”, Um Samir berkata.

Orang luar yang melawat Palestin turut mengakui akan kebimbangan rakyat Palestin ini.
Um Ahmed al-Harazeen, datang dari Arab Saudi utk melawat saudaranya di Gaza berkata
dia sangat terkejut dengan situasi tegang di Gaza.

“Saya kerap mendengar bermacam2 berita tentang situasi di sini di kaca TV tetapi
saya tidak terbayang rupa2nya situasi di sini sangat menakutkan”.

“Malam tidak menakutkan kami, kerajaan penakut Israel hanya mengebom kami di waktu malam”
“Apakah kami perlu takut ? Kita mesti ada keazaman utk berhadapan dengan rejim penakut ini”

Kita di Malaysia selesa lena di tilam empuk di malam hari , saudara kita di Palestin bagaimana ?

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.