Jadi warga Palestin kedua paling lama ditahan, 34 tahun hidup di penjara Israel.

Rabu, 20-01-2016 – Seorang warga Palestin yang sedang menjalani hukuman penjara selama 34 tahun di penjara Israel, disokong bagi mendapatkan haknya supaya dibebaskan.

Menurut Pusat Kajian bagi Tahanan Palestin, tahanan bernama Maher Younis yang berasal dari bandar Arrow, sebuah bandar yang terletak di wilayah Palestin yang diduduki rejim Israel sejak 1948, telah ditahan di penjara Israel sejak 34 tahun lalu.

Kata jurucakap Pusat Kajian itu, Reyad al-Ashqar, Younis telah ditahan pada 18 Januari, 1983. Beberapa minggu sebelum itu, sepupunya, Kareem ditahan dan kini, Kareem merupakan tahanan warga Palestin paling lama di penjara Israel. Younis telah disabitkan dengan tuduhan membunuh seorang tentera rejim Israel dan telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali