Kesihatan al-Qeiq semakin berbahaya menjelang hari ke 54 mogok lapar

Rabu, 20-01-2016 – Menurut isteri kepada Muhammad al-Qeiq, seorang tahanan Palestin telah kehilangan berat badan sehingga 25 kg dan mengalami muntah darah yang berpanjangan.

Dalam suatu kenyataan kepada pihak PIC, Fahya Shalash, isterinya telah membunyikan loceng amaran sebagai tanda tahap kesihatan al-Qeiq yang semakin meruncing menjelang mogok lapar yang telah masuk ke hari 54.

Shalash telah memohon kepada badan-badan kemanusiaan dan juga wakil media bagi terlibat secara langsung untuk membebaskan suaminya sebelum terlambat.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hasbullah