Pertemuan Tertinggi Pihak Palestin-Zionis Untuk Hentikan Intifadha

Selasa, 26-01-2016 – Menteri Zionis, Moseh Kahlon bercakap tentang pertemuan antara pihak tertinggi Palestin dengan pihaknya untuk berbalas pendapat tentang pemberhentian Intifadha Al-Quds di Palestin.

Kahlon ada berkata lagi, pihaknya mengutarakan beberapa syarat untuk memberikan kemudahan bagi Ekonomi Palestin dalam pelbagai sektor. Tetapi yang terpenting seharusnya ada penolakan dari Pihak Tertinggi Palestin untuk aksi-aksi yang dilakukan warganya.

Di dalam pertemuan dengan Menteri Kewangan Palestin, Syukri Basyarah, orang kuat Abbas, Husaen Syaikh di Pejabat Kahlon di Al-Wuds, mereka berbincang lebar tentang strategi memberikan pelbagai kemudahan khususnya dalam bidang ekonomi kepada pihak tertinggi Palestin. Mereka mengaku bahawa kemudahan ini bertujuan untuk menjaga keamanan Israel dan memberikan kemudahan bagi bangsa Palestin di Pinggir Barat.

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad