Pesakit Kanser Gaza Tuntut Kebenaran Rawatan Luar

Selasa, 26-01-2016 – Pesakit Palestin dengan kanser pada Selasa mengadakan demostrasi di hadapan ibu pejabat kementerian hal ehwal awam di bandar Gaza menuntut hak mereka untuk rawatan di luar negara.

Salah seorang pesakit memberitahu wartawan PIC bahawa dia dilarang daripada keluar untuk rawatan melalui sempadan Erez walaupun keadaan kesihatan beliau kritikal.

Bilangan pesakit Palestin dengan kanser di Gaza telah mencapai 14600 orang menurut laporan statistik Kementerian Kesihatan Palestin . Setiap bulan mencatat 130 kes dalam seksyen tumor al-Shifa Hospital di Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen