Duta AS selar rejim Israel terlalu rakus buka penempatan haram di Tebing Barat.

Selasa, 26-01-2016 – Duta Amerika Syarikat ke Israel, Dan Shapiro melemparkan kritikan tajam terhadap pihak rejim Israel atas polisi penempatan haram yang diamalkan dan menyatakan bahawa pihak rejim telah melaksanakan dua undang-undang berbeza di wilayah Palestin yang dirampas itu, satu untuk Israel dan satu lagi untuk Palestin.

Semasa berucap di Institut Kajian Keselamatan Kebangsaan Israel (INSS), beliau mengatakan bahawa pihak Berkuasa Rejim Israel yang merampas dan menduduki Palestin dengan sengaja membiarkan pendatang haram Yahudi terlalu banyak melakukan keganasan terhadap penduduk Palestin.

Menurut Duta itu, ” Sudah terlalu banyak kejadian vigilantism (Melanggar undang-undang ) oleh pendatang Yahudi di Tebing Barat yang tidak disiasat, ” dan tambah beliau lagi, ” Ia berlaku kerana penyiasatan yang dijalankan tidak menyeluruh … maka di situ, pihak rejim dilihat seolah-olah menguatkuasakan dua undang-undang dan peraturan yang berbeza dan perlu dipatuhi. Satu untuk bangsa Yahudi dan satu lagi untuk bangsa Palestin.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali