Kejadian membaling batu semakin meningkat di keretapi Israel, Baitulmuqaddis

Selasa, 26-01-2016 – Laman web Israel 4040 melaporkan yang serangan menggunakan batu ke atas keretapi Israel oleh pemuda Palestin semakin meningkat.
Laman web yang hampir dengan tentera rejim itu mendedahkan yang warga Palestin membaling batu ke keretapi sebanyak 5 kali dalam tempoh 24 jam ketika ia melalui bandar Shufat di selatan Baitulmuqaddis.

Akhbar Quds mendedahhkan yang tentera rejim Israel tidak dapat menghalang kejadian membaling batu yang semakin bertambah sejak awal 2016 dengan purata sekali sehari dan kadang-kadang tiga kali.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati