Tawanan pemogok lapar Shokeh dipindahkan ke penjara Megido

Selasa, 26-01-2016 – Perkhidmatan Penjara Israel ( IPS) pada hari Selasa telah memindahkan tawanan Palestin Hassan Shokeh , yang telah melancarkan mogok lapar selama 36 hari, dari penjara Jalama ke penjara Megido tanpa mengira keadaan kesihatannya yang kritikal.

Dalam satu kenyataan, Muhjat al -Quds pengasas pejuang yang syahid dan banduan mendedahkan bahawa IPS memberitahu tahanan pemogok lapar Shokeh bahawa dia akan ke hospital Ramleh , tetapi kemudian dia sedar bahawa dia telah dipindahkan ke pusat tahanan Jalama sebelum pulang kembali semula ke penjara Megido.

Yayasan itu menegaskan bahawa tawanan itu berusia 27 tahun dan berasal dari Betlehem. Beliau telah mengalami masalah kesihatan yang serius disebabkan oleh mogok laparnya secara terbuka yang telah dilakukan selama 36 hari berturut-turut. Beliau melancarkan mogok lapar sebagai protes terhadap dasar Israel ke atas tahanan pentadbiran juga untuk menuntut pembebasannya dengan segera.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada