Pendatang Yahudi cedera ditembak dekat penempatan haram Dolev, Ramallah.

Khamis, 28-01-2016 – Sebuah kenderaan pendatang Yahudi telah ditembak berdekatan penempatan haram Dolev yang terletak di tengah daerah Ramallah, Tebing Barat. Kejadian berlaku pada waktu petang hari Ahad, kelmarin. Demikian dakwa laman web 0404 milik Israel.

Tambah berita itu lagi, penduduk Palestin disyaki telah menembak ke arah sebuah kenderaan yang dipandu seorang pendatang Yahudi dan mencederakannya.Pihak tentera rejim Israel, segera bergegas ke tempat kejadian. Bagaimana pun, suspek berjaya melarikan diri.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali