Rejiim Zionis mendakwa dua beradik atas tuduhan memiliki bahan letupan.

Khamis, 28-01-2016 – Shin Bet Israel mengumumkan penahanan dua saudara perempuan Palestin dari Tulkarem atas tuduhan memiliki bahan letupan untuk digunakan dalam serangan menentang pendudukan Israel.

Rangkaian 7 Israel mendedahkan yang kedua bersaudara itu adalah kembar berusia 18 tahun bernama Diana dan Nadia Khwailed yang telah ditahan pada akhir Disember dari daerah Shwaika di Tulkarem.

Mahkamah tentera Salem Israel mendakwa kedua-duanya atas tuduhan memiliki bahan letupan, bom dan pisau serta bendera gerakan Hamas, rangkaian itu melaporkan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati