Halangan Israel terhadap proses pendidikan Palestin pada 2015

Khamis, 24-03-2016 – Halangan yang dilakukan Israel terhadap proses pendidikan Palestin telah meningkat dengan ketara pada tahun 2015. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Quds Press, statistik rasmi mendedahkan bahawa seramai 53,998 pelajar, 3,840 guru serta beberapa kakitangan Kementerian Pendidikan Palestin dan institusinya, telah diserang oleh tentera penjajahan Israel (IOF) pada tahun lepas; serangan ini termasuk dibunuh, dicederakan, ditangkap dan ditahan, tangkapan di rumah, disekat di pusat pemeriksaan dan dihalang dari memasuki sekolah dengan selamat.

255 buah sekolah Palestin telah diserang oleh tentera penjajahan Israel dan peneroka. Serangan Israel terhadap sekolah-sekolah Palestin termasuk, serangan, tembakan dan serangan bom yang menyebabkan kerugian ketara, di samping melumpuhkan sebahagian mahupun sepenuhnya proses pendidikan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zaina