Tentera rejim Israel tamatkan siasatan kes tembak mati remaja Palestin.

Isnin, 18-04-2016 – Pihak peguam bela tentera Israel, memutuskan untuk menamatkan siasatan ke atas kes pegawai kanan tenteranya yang menembak mati seorang remaja Palestin berdekatan Ramallah tahun lalu, demikian kenyatan akhbar yang dikeluarkan pihak tentera rejim Israel.

Seorang pegawai tentera Israel, Yisrael Shomer didapati telah menembak mati Muhammad Hani al- Kasbah, 17 tahun di bahagian kepala dan dada pada 3 Julai, 2015 selepas remaja tersebut membaling batu ke arah kenderaan tentera rejim berhampiran pos kawalan Qalandiya, selatan Ramallah.

Menurut kenyataan yang dibuat pada hari Ahad kelmarin, pihak peguam bela membuat kesimpulan bahawa perbuatan pegawai itu bukanlah satu kesalahan jenayah dan dengan itu, tindakan undang-undang tidak perlu dikenakan terhadapnya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali