Al Qassem: Tahanan akan bebas setelah rundingan pertukaran dibuat.

Khamis, 21-04-2016 – Brigade al- Qassem, sayap tentera Pergerakan Hamas dalam satu kenyatan yang disiaran melalui televisyen pada hari Ahad kelmarin, berikrar akan membebaskan semua tahanan warga Palestin samada yang dipenjara atau ditahan di penjara Israel.

Sempena sambutan Hari Pembebasan Tahanan, Jurucakap Brigade itu, Abu Obeida menjelaskan bahawa rundingan pertukaran tawanan yang baru dengan pihak Israel akan dijalankan. Tambah beliau lagi, ” Kami akan menunaikan apa yang telah kami janjikan pada mereka (Para tahanan) walau apa pun yang berlaku. ” Sambung beliau lagi, ” Kami harap dengan apa yang kami ada, rundingan yang lebih bermaruah akan dapat dicapai dan seterusnya akan memuaskan bangsa dan negara kami.”

Abu Obeida menegaskan bahawa, ” Pemimpin rejim Israel perlu tahu bahawa tahanan tersebut dilindungi oleh kami yang berani.” Beliau juga telah memberi amaran bahawa pihak rejim Israel akan menanggung akibat dari setiap jenayah yang mereka lakukan. Pada masa ini, 7200 warga Palestin ditahan di penjara Israel di mana 450 adalah kanak-kanak manakala 69, perempuan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin