Abbas Larang Cabuli Perjanjian.


Rabu, 25/04/07 –

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengesahkan pencabulan perjanjian oleh Hamas adalah dikecualikan dan ia tidak akan berterusan. Dalam sidang media bersama Perdana Menteri Itali, Romano Brudy di Rome, Abbas menyeru Israel supaya bersabar.

Abbas berkata, “perlakuan seperti ini tidak boleh diterima sama ada membedil Jenin atau membalas serangannya”, sambil menyeru agar “menghentikan perbuatan tersebut.” Dalam pada itu, Brody berharap ketegangan buat masa ini cuma “kejadian sampingan” sambil menambah, “saya tidak menyembunyikan rasa kebimbangan saya”.

Abbas yang bertemu Pop Vatikan, Vendict VII di Vatikan semalam menyeru Israel supaya bersabar. Penasihat Jerman, Angela Mircal mengulas konflik tersebut. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan Jerman, Mircal yang mempengerusikan pentadbiran Kesatuan Eropah mengatakan telah menghubungi Abbas dan menyatakan “kebimbangannya yang mendalam kesan dari bedilan roket dari Ghaza ke Israel”.

Di Ghaza, kerajaan mengajak untuk menyambung semula penguatkuasaan perjanjian di Ghaza berikutan Briged Al Qassam telah melancarkan roket ke arah Israel sebagai membalas kematian sembilan rakyat Palestin pada awal minggu lalu.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.