Pihak berhaluan kiri Palestin: Cukai bahan api akan memburukkan krisis tenaga di Gaza

Selasa, 10-05-2016 – Beberapa pihak berhaluan kiri, Palestin memberi amaran bahawa krisis bekalan tenaga elektrik di Semenanjung Gaza akan menjadi bertambah buruk jika pihak Berkuasa Kerajaan Palestin mengekalkan keputusan enggan memberi pengecualian cukai penuh ke atas bekalan minyak untuk bahan api bagi kegunaan loji janakuasa.

Demikian, kenyataan bersama yang dibuat oleh pihak Barisan Popular bagi Pembebasan Palestin, Barisan Demokratik bagi Pembebasan Palestin, Parti Rakyat Palestin, Inisiatif Kebangsaan Palestin dan Kesatuan Demokratik Palestin (FIDA) pada hari Isnin, kelmarin.

Menurut mereka, ” Keputusan kerajaan hanya memberi pengecualian cukai bahan api sebanyak 65 peratus untuk bulan Mei dan 80 peratus untuk bulan Jun bagi loji janakuasa di Gaza, tidak mencukupi dan tidak memenuhi kehendak negara dan rakyat Palestin yang mahu cukai bekalan diesel dihapuskan sepenuhnya termasuk yang dalam proses penghantaran.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin