Kerajaan Turki Hantar Keperluan Perubatan untuk Semenanjung Gaza

Rabu, 11-05-2016 – Pemerintah Turki, Isnin (9/5), menyerahkan satu kontainer keperluan perubatan untuk warga Palestin yang tercedera dalam serangan penjajah Zionis terhadap Semenanjung Gaza, melalui cabang organisasi “Earth’s Physicians – Turkey” di Semenanjung Gaza. Badan ini akan mengagihkan ke pusat-pusat perubatan di Semenanjung Gaza.

Badan Koordinasi dan Kerjasama Turki (TIKA) yang berada di bawah dewan menteri Turki, dalam keterangan kepada pejabat berita Anadolu menyatakan bahawa kontainer yang diserahkan tersebut berisi keperluan perubatan yang akan digunakan untuk rawatan umum dan untuk mangsa yang tercedera.

“Dalam waktu dekat kami akan mengirim kontainer ubat-ubatan dan dua buah ambulans. Kami akan meneruskankan komitmen tanggungjawab kepada rakyat Palestin,” tegas wakil dari Badan Koordinasi dan Kerjasama Turki (TIKA).

sumber : COMES
penterjemah : Osman