19 penduduk Jerussalam cedera semasa pertempuran ganas

Rabu, 11-05-2016 – 19 orang pemuda Palestin cedera akibat pertempuran meletus pada petang Isnin di Alezariya timur bandar Baitulmuqaddis selepas polis Israel menyerang bandar.

Menurut Quds Press, pertempuran meletus Isnin petang dan berlangsung selama berjam-jam di tengah-tengah tembakan hebat bom gas pemedih mata dan peluru getah di pihak anggota polis Israel. Beberapa kecederaan di kalangan orang awam Palestin telah dilaporkan semasa konfrontasi .

Belia tempatan bertindak balas dengan membaling batu dan bom api ke arah anggota polis Israel. Petugas perubatan Palestin menegaskan bahawa dua kecederaan akibat peluru getah dan 19 kes akibat lemas dengan gas pemedih mata dilaporkan semasa pertempuran.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada & asyraf