Khan Younis berarak, protes sekatan dan kerajaan.

Rabu, 11-05-2016 – Beratus-ratus orang telah mengambil bahagian dalam perarakan di Khan Younis di selatan Semenanjung Gaza. Pergerakan yang dianjurkan oleh ‘Hamas’ tersebut bertujuan mengutuk sekatan dan krisis tenaga elektrik yang semakin meruncing di Semenanjung Gaza sekaligus memberi tekanan kepada kerajaan dan pihak berkuasa untuk lebih serius menangani krisis dan bertanggungjawab terhadap isu kemanusiaan di Semenanjung Gaza yang semakin membimbangkan.

Orang ramai mula memenuhi jalan-jalan di bandar selepas solat maghrib pada hari Isnin lepas, sambil mengibarkan sepanduk mengutuk sekatan dan kerjaan yang turut bersekongkol dalam isu pengepungan serta krisis yang berturut-turut di Gaza.

Pemimpin Pergerakan ‘Hamas’ dan ahli parlimen, Younis El-Astal berkata, perarakan tersebut merupakan protes terhadap sekatan yang dilakukan serta respon terhadap rumah-rumah yang terbakar akibat daripada krisis tenaga elektrik yang dialami. Beliau turut menegaskan bahawa mereka yang bersekongkol dengan isu tersebut tidak akan terlepas daripada balasan Allah s.w.t.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : silmi