Israel Ragui Laporan Perang Lubnan.


Jumaat, 27/04/07 –Seorang Jeneral berpengaruh Israel berkata bahawa peperangan Lubnan baru-baru ini adalah lebih lama daripada apa yang dirancang, yang mana ia menimbulkan tanda tanya berhubung hasil laporan yang akan dikeluarkan tidak lama lagi oleh suruhanjaya siasatan pada peringkata awal peperangan.

Suruhanjaya Finograd akan menyebarkan keputusan siasatan itu pada Isnin depan keputusan Tel Aviv melancarkan serangan setelah pejuang Hizbullah menculik dua tenteranya di sempadan pada 12 Julai lalu. Laporan itu dijangkakan akan mendapat kritikan keras dari Perdana Menteri, Ehud Olmert.

Jeneral Jadi Ezenku berkata bahawa suruhanjaya itu yang dilantik oleh Olmert berdepan dengan kemarahan oleh penduduk Israel yang menjurus kepada hari kelima peperangan sahaja, iaitu sejajar dengan tempoh masa mengikut perancangan.

Olmert pernah menegaskan bahawa peperangan itu yang berlangsung selama 34 hari akan memulihkan keamanan Israel yang mana Hizbullah tidak akan mendekati sempadannya.

Namun, Hizbullah berjaya melancarkan 4000 peluru berpandu ke utara Israel yang mana ia mendorong penduduk-penduduk di situ terpaksa berpindah ke kawasan pelarian. Ia membuka mata negara Ibri itu kerana kecanggihannya di rantau itu.

Suruhanjaya Finograd itu berkata ia akan mebincangkan mengenai tanggungjawab Olmert menguruskan peperangan tersebut meskipun laporannya mengenai tempoh 17 Julai hingga gencatan senjata pada 14 Ogos tahun lalu tidak dijangka akan dapat dikeluarkan dalam tempoh bulan-bulan akan datang.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.