Tahanan Palestin, Suwaiti melancarkan mogok lapar selama lapan hari.

Khamis, 12-05-2016 – Tahanan Palestin Mahmoud al-Suwaiti, 40, dari bandar Beit Awwa di al-Khalil telah melancarkan mogok lapar selama lapan hari bagi menuntut hak lawatan keluarga.

Peguam Kesatuan Banduan Palestin memetik kata-kata Muhanad Shreim yang ditahan di penjara Rimon bahawa, pentadbiran penjara telah memindahkan Suwaiti ke Hospital Soroka, tetapi beliau menolak untuk dirawat atau diperiksa sebagai tanda protes. Dalam konteks yang sama, isteri Suwaiti memberitahu Society bahawa pihak berkuasa Israel terus menafikan hak beliau dan anak lelakinya yang berusia 18 tahun untuk melawat suaminya yang telah ditangkap sejak 2007 dan dihukum 22 tahun penjara. Isteri Suwaiti turut menekankan bahawa beliau mempunyai empat orang anak.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zaina