Peneroka Israel berkhemah di tanah penduduk Palestin di Nablus.

Khamis, 12-05-2016 – Berpuluh-puluh peneroka pelampau Israel mendirikan khemah di atas tanah Palestin di kawasan al-Masoudiya, di utara bandar Nablus, pada Subuh hari Selasa dalam usaha untuk berkhemah di wilayah tersebut selama beberapa hari.

Saksi berkata peneroka Israel yang fanatik, berasak-asak di dalam bas dan kereta, dan dilihat berkhemah di wilayah al-Masoudiya pada waktu subuh. Mereka menambah bahawa perbuatan tersebut mencetuskan ketegangan di seluruh kawasan itu apabila penduduk asal Palestin menyuarakan bantahan terhadap eksploitasi tanah mereka bagi tujuan hiburan peneroka-peneroka Israel itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zaina