Sheikh Raed Salah … Sasaran pelampau ekstremis.

Khamis, 12-05-2016 – Polis pendudukan Israel akan menahan Sheikh Raed Salah pada 8 Mei dan membenarkan media untuk menyiarkan berita berserta gambar Salah digari dengan berpakaian seragam biru penjara bagi menakut-nakutkan penduduk yang mempertahankan Masjid al-Aqsa.

Pihak berkuasa pendudukan Israel (IOA) baru-baru ini telah menghukum 9 bulan penjara terhadap Sheikh Raed Salah, ketua gerakan Islam di wilayah Palestin yang diduduki, bermula pada tarikh yang dinyatakan, di bawah alasan menghasut kepada keganasan dan perkauman ketika memberikan ucapan di Wadi Joz pada tahun 2007.

Beberapa bulan kebelakangan ini, kesemua pihak pelampau Yahudi telah membuat pertuduhan terhadap Sheikh Salah, termasuk pemimpin atasan piramid rejim Zionis. Dua minggu lalu, Benjamin Netanyahu menuduh Sheikh Salah cuba untuk menimbulkan ketegangan di Masjid al-Aqsa dengan kedatangan hari Easter.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zaina