Tentera Rejim Zionis menutup persimpangan Qalandiya, dan memutuskan bekalan elektrik di perkampungan Jenin

Khamis, 12-05-2016 – Pasukan pendudukan Israel (IOF) menutup pusat pemeriksaan Qalandiya, di selatan Ramallah pada pagi Isnin, dan menyekat perjalanan penduduk Palestin di kedua-dua arah.

Saksi mengatakan bahawa tentera yang mengawal persimpangan itu, menyekat pergerakan pelajar, pekerja, malah pesakit yang menuju ke hospital di Baitulmuqaddis atas alasan keselamatan. Mereka berkata bahawa keadaan amat tegang di sekitar persimpangan tersebut dan berpuluh-puluh rakyat Palestin berkumpul di kawasan berhampiran.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zaina