Mesir akan membuka sempadan Rafah hanya untuk dua hari

Khamis, 12-05-2016 – Kementerian Dalam Palestin berkata pihak berkuasa Mesir akan membuka sempadan Rafah khusus untuk dua hari setelah penutupan selama 85 hari. Jurucakap Kementerian Iyad al-Bazem memberitahu Pusat Maklumat Palestin (PIC) yang pihak Palestin di Gaza telah diberitahu secara rasmi yang sempadan akan dibuka pada Rabu dan Khamis.

Pihak berkuasa Mesir telah membuka laluan Rafah selama hanya beberapa jam dalam tempoh tiga hari dalam tahun ini. Pada tahun 2015, laluan itu ditutup selama 344 hari.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati