Israel Tuduh Basyarah


Jumaat, 27/04/07 –
Sumber polis Israel mendedahkan bahawa ia telah mendakwa seorang ahli parlimen yang meletak jawatan dari Knesset, Azmi Basyarah dituduh dengan beberapa pertuduhan, yang utamanya adalah bersekongkol mengintip bersama musuh, serta membiayai “keganasan”.

Tuduhan itu dilakukan setelah mahkamah Israel mengarahkan supaya isu Basyarah tidak dihebahkan yang mana beliau sekarang berada di Doha, menghadiri seminar demokrasi berikutan telah mengumumkan bahawa beliau tidak akan pulang ke Israel.

Polis menuduh Basyarah memberi maklumat kepada Hizbullah ketika peperangan dengan Lubnan pada tahun lepas serta mendapat habuan sebagai ganjarannya. Wakil polis di mahkamah melaporkan ia dituduh atas pertuduhan maklumat perisikan, sambil menyatakan bahawa ia telah menyoal siasat Basyarah dua kali berhubung kes itu.

Berhubung pertuduhan yang lain pula, Basyarah berhadapan dengan hukuman penjara. Mahkamah Tinggi Israel telah menggugurkan tindakan undang-undang terhadapnya kerana melawat Syria pada Jun 2001.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.