Banduan Palestin menamatkan mogok lapar

Selasa, 24-05-2016 – Seorang tahanan Palestin Majdi Yasin telah menamatkan mogok lapar selepas mencapai perjanjian dengan pendakwa Israel untuk menamatkan proses soal siasat .

Sumber dari keluarganya mengesahkan kepada wartawan PIC bahawa anak mereka telah menamatkan mogok lapar yang dilancarkan segera selepas dia ditangkap pada 26 April 2016 di lintasan Karama ketika dalam perjalanan ke Jordan.

Majdi telah melancarkan mogok lapar sebagai protes terhadap penahanannya yang dilakukan dengan sewenang-wenangnya menurut keluarg nya. Keluarganya menambah beliau telah ditangkap ketika sedang dalam perjalanan ke Jordan untuk bermusafir ke Sweden , dimana dia memegang kewarganegaraan negara tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada