Amer Berets : Briged Izzuddin Al Qassam Mesti Dibalas !


Jumaat, 27/04/07 –Menteri Pertahanan Israel, Amer Berets telah mengadakan mesyuarat tergempar dengan Jabatan Ketenteraan Israel bagi mengkaji tindak balas serangan berikutan Briged Izzuddin Al Qassam Hamas mengumumkan tentang penamatan persetujuan gencatan senjata dengan Israel. Ia menuduh kerajaan Ehud Olmert bertanggungjawab ke atas bedilan yang dilakukan ke Semenanjung Ghaza.

Pegawai tinggi keselamatan Israel berkata, “Israel menganggap insiden pada pagi ini sangat berbahaya dan akan bertindak terhadap mereka yang terlibat tanpa bertolak ansur pada bila-bila masa dant empat”.

Beretz dan Olmert telah mengadakan perbincangan melalui telefon berhubung serangan balas terhadap bedilan roket pejuang Palestin, di mana para pegawai Israel berkata Olmert akan bermesyuarat dengan penasihat keselamatan tertingginya esok, bagi membincangkan mengenai jalan alternative yang ada. Sumber tentera pula berkata kepada akhbar Hartz bahawa sebarang tindak balas tentera adalah terhad.

Kenyataan tentera Israel menjelaskan bahawa tenteranya telah mematahkan “operasi tentera besar-besaran” yang dirancang oleh Hamas. Sementara sumber keselamatannya pula menyatakan bedilan roket itu mungkin akan mengaburi mata dari isu penculikan tentera Israel.

Dalam pada itu, Miri Isin, jurucakap Olmert tidak menolak kemungkinan Israel akan melakukan operasi ketenteraan besar-besaran di Ghaza sebagai membalas bedilan roket Hamas itu. Shemon Perez, Timbalan Perdana Menteri Israel pula berkata, Hamas tidak mematuhi gencatan senjata yang mana Israel terpaksa menggunakan ketenteraan bagi mengekangnya.

Pengumuman mengenai penamatan perjanjian dengan Israel berkuatkuasa selama lima bulan yang mana tentera penceroboh telah meneruskan operasi membunuh dan memberkas di Tebing Barat, Ghaza serta mensasarkan aktivis-aktivis Palestin dari semua briged.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.