Menteri Luar Belgium menyeru diadakan persidangan ekonomi tentang Gaza

Selasa, 24-05-2016 – Menteri Luar Belgium Didier Reynders menyeru ketika sidang akhbar di Gaza pada petang Selasa agar satu persidangan ekonomi bagi menyokong pembinaan semula Gaza diadakan.

Ketika sidang akhbar yang diadakan di kejiranan Shujaiyya yang musnah akibat serangan Israel pada tahun 2014, Reynders menyeru rejim Israel agar membenarkan kemasukan bahan pembinaan ke Semenanjung Gaza untuk mempercepatkan proses pembinaan semula ribuan sekolah, rumah dan fasiliti yang musnah. Proses pembinaan semula berjalan dengan sangat perlahan, beliau menekankan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati