Dr. Yusof seru masyarakat dunia berusaha atasi sekatan di Gaza.

Selasa, 24-05-2016 – Dr. Esam Yusof, ketua Jawatankuasa Masyarakat Antarabangsa Menyokong Gaza, menyeru masyarakat sekeliling dan seluruh dunia berusaha menamatkan sekatan ke atas Gaza sebelum ianya terlambat. Seruan itu ditujukan kepada pihak Mesir supaya dapat membuka pintu masuk sempadannya di Rafah untuk penduduk Semenanjung Gaza; ” Sebagi memenuhi tanggungjawab dan hak negara jirannya. ”

Beliau menulis dalam kenyataan akhbarnya pada hari Ahad, kelmarin menyatakan, ” Sekatan rejim Israel ke atas Gaza sudah sampai ke tahap yang tidak boleh diterima akal, ” dan menegaskan sekatan itu sebagai ” Satu jenayah penderaan secara menyeluruh yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana negara yang ada sebelum ini. ”

Beliau merujuk kepada kejadian kematian 3 kanak-kanak sekaligus dari keluarga al-Hindi dalam satu kebakaran besar yang memusnahkan kediaman mereka akibat penggunaan lilin bagi menerangi rumah mereka akibat krisis elektrik yang terjejas teruk. Beliau meminta agar tenaga alternatif segera dapat disediakan di sana bagi memastikan sumber cahaya lebih selamat bagi menggantikan lilin yang telah meragut nyawa kanak-kanak di Gaza yang terkepung itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin