Dua peneroka Israel cedera dalam serangan anti-penjajahan

Selasa, 24-05-2016 – Polis Israel mendakwa dua peneroka Israel cedera pada pagi Selasa akibat ditikam berhampiran stesen polis Israel di kejiranan Mukbar Jabal di Baitulmuqaddis. Jurucakap polis Israel, Luba al-Sumari berkata dua suspek telah menyerang lima peneroka berhampiran penempatan Armon Hanatziv, dan mencederakan dua daripada mereka. Anggota polis Israel telah dikerahkan ke kawasan tersebut untuk mencari suspek.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zaina