Hamas Akan Ubah Strategi Jika Barat Masih Menyekat Bantuan.


Jumaat, 27/04/07 –Jurucakap kerajaan Palestin, Ghazi Hamad berkata dalam satu kenyataan bahawa kerajaan mengesahkan minatnya untuk meneruskan gencatan senjata supaya kepentingan rakyat Palestin terjaga.

Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh berkata, pendirian positif oleh briged-briged Palestin terhadap persepakatan gencatan, dibalas dengan tindakan Israel yang meruncingkan keadaan.Beliau mengatakan bahawa bumi Palestin terdedah kepada ancaman jahat oleh Israel, sambil menegaskan bahawa masyarakat perlu bertanggungjawab bagi menghentikan rancangan jahat Israel.

Haniyeh sekali lagi memberi amaran bahawa Hamas akan menilai semula strateginya dalam sebulan dua ini jika bantuan kepada rakyat Palestin oleh Barat tidak ditarik balik, berikutan kerajaan perpaduan ditubuhkan pada bulan lepas.

Jeneral Burhan Hamad yang menjadi ketua delegasi Mesir ke Semenanjung Ghaza menyeru briged-briged Palestin supaya melakukan mesyuarat tergempar petang Rabu ini bagi membincangkan persepakatan gencatan senjata. Hamad meminta briged-briged supaya bersabar serta tidak memberi peluang supaya operasi tentera besar-besar tidak dilancarkan di Ghaza.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.